Tuesday, August 28, 2012

Rahsia Bisnes Cara Rasullullah SAW


Rasulullah SAW adalah manusia biasa, bukan malaikat dan bukan pula anak Tuhan atau lain-lainnya. Beliau secara manusiawi sama dengan kita seluruh umat manusia. Ayahanda beliau adalah Abdullah bin Abdul Muthallib, ibundanya bernama Aminah, keduanya dari suku Quraisy di Mekah keturunan Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim AS. 
Rasulullah SAW adalah Rasul pilihan Allah yang diutuskan kepada umat manusia untuk membimbing mereka kepada hidayah Allah; berbuat yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran serta beriman kepada Allah. Sebelum kedatangan Rasulullah SAW, manusia berada di ambang kehancuran lantaran kebudayaan yang menyebabkan tertegak nya tamadun ketika itu telah hancur.
Ketika kemanusiaan sedang berada dalam kesesakan nafas di ambang maut, Allah mengutuskan Rasulullah SAW untuk membangkitkannya semula dan mengeluarkan umat manusia dari kegelapan kepada cahaya. Rasulullah SAW memecah belengu-belengu jahiliah dan khurafat dan mengajak manusia kepada pengabdian yang akan membebaskan mereka daripada segala bentuk ikatan lain. Dia mengembalikan kepada mereka kebahagiaan hidup yang sebenarnya.
Itu semua biasa kita baca dalam buku-buku agama. Yang jarang kita dengar ialah sifat keusahawanan atau ciri-ciri perniagaan Rasulullah SAW.
Baginda sudah mula berniaga sejak berumur 12 tahun. Di bawah jagaan Abu Talib as, Rasulullah saw telah mula mengikut Abdul Talib as berniaga sehingga ke Syria. Abdul Talib adalah mentor perniagaan kepada Rasulullah ketika muda.
Dan Rasulullah merupakan ahli perniagaan yang hebat. Pada suatu ketika, di waktu berniaga, Rasulullah telah memperoleh keuntungan lebih dari usahawan-usahawan lain dalam rombongan yang sama. Oleh kerana kehebatan Rasulullah saw dalam perniagaan, Baginda berjumpa dengan isterinya, Siti Khadijah (yang juga seorang usahawan unggul) ketika berumur 25 tahun.
Perniagaan adalah perkara yang penting dalam Islam, malah menjadi satu terminologi yang sering disebut dalam al-Quran, contohnya:
Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau secara terang-terangan, mereka mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan rugi(35:29)”
Wahai orang-orang yang beriman. Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Yakni kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (61:10-11)”
Kenapa Allah menyebut perniagaan dan bukan pekerjaan? Kerana perniagaan itu ialah sesuatu yang menguntungkan dan memerlukan usaha tulang empat kerat kita sendiri. Dan boleh juga merugikan sekiranya tidak dijalankan dengan betul.
Dan Rasulullah sering disalah anggap sebagai miskin. Tidak, Baginda seorang yang kaya. Cuma hidup yang dijalaninya tidak seperti orang-orang kaya. Tiada rumah bertingkat-tingkat, tiada TV Plasma, tiada kereta Ferrari. Tetapi apabila Baginda keluar berjuang, contohnya berperang. Baju perang, pedang Baginda adalah dari yang terbaik, kuda-kuda perang adalah dari jenis yang terbaik. Makna kata seluruh harta Baginda digunakan untuk memperjuangkan Islam, bukan membuncitkan perut sendiri. Malah Baginda Rasulullah pernah mengikat batu-batu ke perutnya untuk menahan lapar.
Rasulullah pernah bersabda tentang pemilikan harta:
Harta itu merupakan kekayaan terpuji TETAPI hanya bagi orang yang soleh, kerana orang yang soleh akan menggunakan hartanya secara bijaksana, tidak dikotori rasa angkuh yang menghilangkan keberkatan dari Allah.”
Ingin tahu cara Rasul Terulung kita berniaga? Teruskan membaca.

Tidak Pernah Berdebat
Rasulullah dahulu ketika berniaga, tidak pernah menyakiti hati peniaga lain. Hal ini diakui oleh mereka yang pernah berurusan dengan Baginda SAW sebelum Baginda diangkat menjadi rasul lagi. Dalam satu peristiwa, seorang peniaga bernama Saib bin Ali Saib datang menemui Rasulullah SAW. Melihat Saib datang, Rasulullah berkata, “Mari, mari. Selamat datang saudara saya, dan rakan niaga saya yang tidak pernah bertengkar,” kata Rasulullah . Saib membalas dengan berkata, “Kita tidak pernah bertengkar sebab tuan peniaga yang sentiasa lurus dan tepat dengan kiraan.”

Teknik Menjual Yang Unik
Mengikut riwayat, Nabi menjual barang-barang Baginda tidak seperti diamalkan oleh kebanyakan peniaga atau lain-lain saudagar ketika itu. Baik peniaga Arab atau pun bukan Arab. Biasanya para peniaga kebanyakannya mereka menjual barang-barang dagangan mereka dengan meletakkan harga yang setinggi mungkin. Tetapi Nabi menjualnya dengan cara memberitahu harga pokok dan meminta para pelanggan atau pembeli membayar berapa harga yang mereka kehendaki.
Dengan cara ini pembeli merasa puas dan senang hati kerana mereka merasa tidak tertipu oleh peniaga. Lalu mereka membeli dengan larisnya sehingga barang-barang Nabi paling laku dan cepat habis berbanding rakan-rakan Baginda yang lain. Selain itu Nabi juga mengambil sikap menjual pada harga modal apabila sipembelinya seorang yang benar-benar miskin tetapi memerlukan kepada barang itu. Baginda amat bertimbang rasa dan amat pengasihan belas kepada sesama manusia. Manakah ada manusia yang menjual barang-barang dagangannya dengan harga modal?

Sentiasa Senyum
Satu lagi daya penarik yang luar biasa yang telah menarik para pembeli untuk mendekati barang-barang Nabi ialah sikap dan wajah Baginda semasa berjualan itu. Selaku seorang insan yang sedia dijadikan Allah berwajah kacak menawan dan gemar melemparkan senyuman kepada orang, maka Nabi telah menggunakan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah kepada Baginda itu. Dengan wajah yang manis dan menawan dihiasi pula dengan senyuman yang manis, pastilah keindahan dan keelokan yang terpancar di wajah seseorang itu semakin bertambah. Walaupun tutur kata tidak seberapa , tetapi para pelanggan tetap menggemari orang yang berwajah manis dan selalu memberi senyuman kepada orang.

Jujur 

Baginda bersabda, “Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi). Dalam konteks ini, kejujuran ditekankan kerana kejujuran merupakan antara elemen terpenting dalam perniagaan.Ketika kita berbincang mengenai perniagaan seorang Muslim, kita sebenarnya sedang membincangkan satu konsep perniagaan yang membangunkan hubungan kepercayaan di antara peniaga dan pelanggan, dan piawaian ini tidak boleh dicapai dengan adanya dusta dan penipuan.

Pada suatu hari, Rasulullah berjalan-jalan di kawasan pasar bandar Madinah. Baginda lalu di hadapan seorang peniaga yang menjual buah-buahan yang dilonggok-longgokkan. Rasulullah memeriksa buah-buahan itu dengan memasukkan tangannya ke dalam satu longgokan. Kemudian Rasulullah menarik tangannya keluar dan menunjukkan jarinya yang basah kepada peniaga itu. Apa ini saudara ?” tanya Rasulullah. “Terkena hujan, tuan,” kata peniaga itu. Mengapa saudara tidak letakkan buah-buahan yang basah itu di sebelah atas supaya orang dapat melihatnya ?” kata Rasulullah. Kemudian Baginda berkata lagi, “Barang siapa menipu, dia bukan pengikut saya.”

Tidak Bersumpah Palsu
Dengan tegas, Rasulullah SAW mengecam amalan perdagangan yang dipenuhi tipu daya. Apalagi sampai bersumpah palsu, mengandungi unsur riba atau berbisnes di pasar gelap. Sebab, model menjalankan bisnes seperti itu tak saja merugikan orang lain, tapi juga membuat perniagaan yang dijalankan tidak lancar. Hal itu sebagaimana ditegaskan Rasulullah SAW dalam sebuah hadis, “Penjual dan pembeli memiliki hak pilih selama belum berpisah. Apabila mereka jujur dan mahu menerangkan (keadaan barang), mereka akan mendapat berkat dalam jual-beli mereka. Dan jika mereka bohong dan menutupi (cacat barang) akan dihapuskan keberkatan jual-beli mereka.” (HR. Muslim) Rasulullah SAW mengajarkan kepada para sahabat untuk tidak melakukan sumpah, selain mengakibatkan kehilangan berkatnya.

Lemah Lembut
Baginda Rasulullah SAW sentiasa mengamalkan sikap baik hati dan lemah lembut ketika menjalankan perniagaan. Jabir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: “Allah SWT mencucuri rahmat kepada orang yang berbuat baik ketika ia berjual, ketika ia membeli dan ketika ia membuat tuntutan.”

Bukan Mengejar Harta Semata-mata
Rasulullah SAW bekerja keras mencari penghidupan yang halal. Baginda menjalankan perniagaan bukan sahaja untuk menyara kehidupan Baginda tetapi juga untuk mengukuhkan potensi Baginda agar orang yang kaya tampil ke hadapan untuk menghulur modal mereka untuk digunakan oleh Baginda bagi tujuan perniagaan.
Muamalah seperti ini amat digalakkan oleh Islam kerana terdapatnya unsur bantu membantu di kalangan mereka yang berada dan tidak berada. Firman Allah SWT dalam surah Al Ma’idah ayat 2: Bermaksud: “Dan hendaklah kamu bantu membantu dalam perkara-perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu sekali-kali bantu membantu dalam perkara-perkara kejahatan dan permusuhan.”

Fasih Tutur Kata
Rasulullah SAW merupakan seorang yang mempunyai kefasihan dalam tutur katanya. Tutur katanya lembut, lunak didengar, tidak pernah berbohong dan sentiasa jujur. Oleh itu, tidak hairanlah apabila Baginda mengendalikan perniagaan harta Khadijah, Baginda memperoleh keuntungan yang banyak. Terdapat sebuah hadis yang menceritakan kefasihan Baginda yang telah diriwayatkan oleh Al-Tarmizi dari Syaidatina Aishah: Bermaksud: “Adalah Rasulullah berkata-kata dengan perkataan yang terang serta jelaslagi tegas, dapat difahami oleh setiap orang yang mendengarnya (duduk bersama Baginda).
Keuntungan Maksimum Adalah Mungkin
Walaupun ada ustaz (penceramah) yang mengatakan untung hanya boleh diambil sekitar 30% sahaja, namun kata-kata Rasulullah SAW lebih utama untuk kita jadikan pegangan. Terdapat satu hadis sahih yang menceritakan, seorang sahabat Nabi membeli dua ekor kambing dengan 1 dinar. Kemudian, sahabat itu tadi menjual salah seekor kambing itu dengan harga 1 dinar. Bermaksud, di tangannya ada seekor lagi kambing dan wang sejumlah 1 dinar. Sahabat itu datang kepada Rasulullah dan kemudian menyatakan apa yang telah beliau lakukan (menjual dengan cara begitu). Rasulullah tidak berkata apa-apa melainkan mendoakan agar sahabatnya itu mendapat keberkatan dalam perniagaan yang dilakukannya.
Ada lagi hadis sahih lain riwayat Abu Daud di mana Rasulullah ditanya mengapa tidak ditetapkan keuntungan maksimum (kawal kadar keuntungan). Lantas Rasulullah menyatakan, itu adalah satu ‘kezaliman’ untuk para peniaga. Daripada dua contoh di atas berasaskan dalil yang sahih, kita dapati tidak mengapa kita menaikkan keuntungan sesuatu jualan produk sehingga 100%. Cuma yang dilarang adalah menyorokkan barangan keperluan asasi manusia pada ketika permintaan mendadak, dan dijual kembali apabila harganya dinaikkan. Ataupun apabila pihak pemimpin (kerajaan) menetapkan sesuatu perkara, maka kita wajib mematuhinya.
Maka, kepada para peniaga, marilah contoh cara-cara bisnes Rasulullah SAW, yakni akan memperoleh pahala kerana mengikut sunah Baginda. 

Wallahualam.

7 Tips Memajukan Perniagaan

sharing tips ngan http://www.usahawan.com/pengurusan...hope ianye berguna...


Setiap perniagaan yang diusahakan mempunyai harapan yang tinggi, agar perniagaan itu terus maju dan berjaya serta dapat mengubah masa depan agar tidak ditindas pihak lain. Tiada sesiapa yang mengharap perniagaan yang dijalankan musnah dengan wang ringgit yang dikeluarkan. Namun, tidak semua perniagaan yang diusahakan mampu menetapkan jumlah pelanggan di dalam atau di luar negara. Tidak kira sebarang jenis perniagaan yang dijalankan samada melibatkan penjualan produk, servis, nasihat dan sebagainya. Kecekalan dan semangat yang kental sangat diperlukan bagi memastikan cita-cita yang diimpikan tercapai. Perniagaan ini bukan sesuatu yang boleh dicapai dengan mudah. Kerana ia mengambil masa dan memakan tempoh yang agak panjang. Sambutan pelanggan dalam perniagaan yang dijalankan mempunyai beberapa cara untuk dicapai.
Beberapa tips ini perlu diamalkan bagi memastikan perniagaan yang dijalankan menjanjikan pulangan yang lumayan dan memberangsangkan. Perkara pertama yang perlu kita amalkan adalah tips untuk mempelajari tentang keadaan kawasan yang menjadi tempat untuk memulakan perniagaan. Jika kita memulakan perniagaan yang padat dengan penduduk dan menjadi pusat pentadbiran, hasilnya akan positif. Sebaliknya jika kita membuka perniagaan di kawasan kampung yang tiada kemudahan dan sambutan ramai maka, perniagaan kita tidak akan bertahan lama.

Mengkaji tentang suasana dan kedudukan
Kita perlu mengkaji tentang latar dan faktor kedudukan tempat baru itu. Jika ia merupakan kawasan yang didiami pelajar dan pekerja, membuka kedai dobi adalah cadangan yang baik. Kerana golongan seperti ini lebih cenderung untuk menghantar pakaian yang kotor kedai dobi dari dicuci sendiri. Jangan pula di kawasan seperti itu kita mulakan dengan perniagaan besi buruk dan barang kitar semula. Selain itu, kawasan seperti ini juga sesuai dibuka perniagaan makanan dan minuman. Kerana pelajar dan pekerja sentiasa memerlukan tenaga untuk pergi belajar dan pergi bekerja. Katakan juga keinginan untuk memulakan kedai alat tulis dan perkhidmatan potostet di kawasan yang sama. Pendek kata, sesuatu kawasan itu perlu dikaji terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaan. Kerana perniagaan ini bukan untuk suka-suka dan main-main, sebaliknya sesuatu yang serius dan berat.

Mencari rakan kongsi yang boleh dipercayai
Tips yang seterusnya adalah mencari rakan kongsi yang boleh dipercayai. Bukan sekadar seorang yang mempunyai wang untuk dilaburkan sahaja. Setidak-tidaknya minat dan hobi pada benda yang sama akan menampakkan lagi usaha yang dijalankan. Kerana manusia tidak akan jemu dan bosan melakukan sesuatu yang menjadi kegemaran mereka. Katakan Yusri dan Lisa mempunyai minat yang sama dalam bidang penerbitan dan periklanan. Jadi, mereka telah bersetuju dan melaburkan sejumlah wang untuk memulakan perniagaan ini di sebuah kawasan yang menjadi tumpuan. Kerana minta dan pendapat dalam bidang yang sama sangat tinggi, perniagaan mereka semakin maju. Kerana masing-masing memberi komitmen yang baik dalam perniagaan ini. Bukan hanya seorang sahaja yang perlu bekerja, sebaliknya kedua-dua belah pihak rakan kongsi ini. Pendek kata, perniagaan mereka maju kerana minat dan hobi dalam bidang yang sama.

Bermula secara kecil-kecilan
Tidak semua perniagaan itu perlu diusahakan secara besar-besaran yang menelan belanja sehingga jutaan ringgit. Sekadar sebagai hobi dan minat untuk memenuhi masa dan boleh dijadikan sebagai pendatan sambilan sudah memadai. Contohnya Pak Abas yang menjalankan perniagaan menjual kerepek di kampungnya. Perniagaan ini adalah perniagaan warisan daripada ayahnya dahulu. Jadi, Pak Abas membantu ayahnya yang telah tua kerana sudah tidak mampu melakukan pekerjaan berat lagi. Semakin lama, minatnya telah mendalam dalam dunia perniagaan dan dia menguruskan sepenuhnya perniagaan ini selepas kematian ayahnya. Pada awal penglibatan dalam dunia penjualan kerepek, arwah ayah Pak Abas berniaga dengan menaiki motorsikal sahaja. Selepas Pak Abas mengambil alih, dia telah membuat pinjaman dengan bank untuk mendirikan sebuah kilang pembuatan kerepak yang terletak di belakang rumahnya. Pendapatanya semakin maju tambahan pula semasa musim perayaan dan juga musim perkahwinan. Kerana Pak Abas telah mendapat pengalaman yang banyak semasa membantu arwah ayahnya dahulu. Kini, Pak Abas telah mendirikan lima buah kilang di daerah dalam negerinya.

Mengupah pekerja yang boleh dipercayai
Setelah mempunyai kedudukan yang baik dalam perniagaan yang diceburi, pasti kita ingin meluaskan perniagaan itu. Katakan perniagaan kedai pakaian lelaki dan wanita. membuka cawangan baru memerlukan lebih ramai perkerja untuk menguruskannya. Maka, kita perlu mengupah orang yang boleh dipercayai untuk memastikan perniagaan yang diusahakan selama ini tidak dirosakkan mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan kita. Mungkin kita boleh mengupah jiran yang telah lama kita kenali sebelum memulakan perniagaan itu atau juga mengupah kawan-kawan yang sudah kita maklum dengan hati budi mereka. Jika tidak, perniagaan kita akan musnah berikutan ada pihak yang iri hati dengan kesenangan dan kemewahan yang kita capai. Oleh sebab itu, kita perlu menjalin perhubungan yang baik dan tidak bermusuh dengan semua orang agar kita juga selamat dan perniagaan kita terus maju.

Mempunyai strategi yang berkesan
Selain itu, untuk memastikan sesebuah perniagaan itu berjaya, kita juga perlu mempunyai strategi yang berkesan. Bukan sahaja perniagaan, setiap pekerjaan yang dilakukan juga memerlukan perancangan yang sempurna. Jika tidak impian itu akan musnah di pertengahan jalan. Contohnya memulakan perniagaan dalam bidang ubat-ubatan dan farmasi. Dalam dunia yang serba canggih dan maju ini, kita sering dihantui dan dibayangi dengan pelbagai wabak penyakit yang disebabkan penyalahgunaan bahan kimia industri, wabak penyakit yang disebabkan bahan kimi berlebihan dalam bekalan makanan seperti sayur dan wabak penyakit berjangkit yang mudah disebarkan melalui migrasi manusia atau haiwan. Wabak penyakit berbahaya memang sukar untuk diubati, tetapi kita masih mempunyai peluang untuk mencegahnya. Maka, perniagaan dalam bidang ubat-ubatan dan farmasi sentiasa mendapat sambutan yang baik kerana kita tidak mampu menjangka saat kita akan ditimpa penyakit. Perniagaan ini adalah perniagaan yang mampu memberi keuntungan kepada pengusaha. Masyarakat hari ini juga semakin bijak untuk menentukan ubat yang berkesan bagi penghalang penyakit merebak.

Mendengar dan mengikuti kemahuan pelanggan
Pihak yang akan menentukan jatuh bangun sesebuah perniagaan itu adalah pelanggan dan orang ramai. Maka, hasrat dan kemahuan mereka perlu diambil kira dan tidak boleh dipandang ringan. Jika tidak, pelanggan akan lari dan kita yang akan mengalami kerugian kerana gagal memenuhi kehendak mereka. Sekurang-kurangnya kehendak pelanggan memberikan kita sesuatu yang baru untuk dicuba dalam dunia perniagaan itu. Contoh yang paling rapat dengan masyarakat adalah perniagaan francais iaitu McDonalds, yang berjaya meluaskan perniagaan ke serata dunia. McDonalds di India telah menyediakan menu khas bagi penduduk India dengan menyediakan burger ayam. Mereka telah tampil dengan Chicken Maharaja Mac, kerana meraka tidak boleh memakan daging. Selain itu, di Itali pula, mereka telah menyediakan burger yang disajikan dengan daging khinzir. Di Norway pula, burger telah disajikan dengan kepingan daging ikan salmon yang menjadi kegemaran penduduknya. Manakala di Thailand, ia juga disajikan dengan memasukkan perisa tomyam yang disesuaikan dengan selera pelanggan. Tidak kurang hebat juga dengan McDonalds di Malaysia.

Bersedia untuk memulakan perniagaan yang besar
Perniagaan yang semakin maju menjadi idaman semua usahawan. Tetapi adakah kita sudah bersedia untuk memulakan perniagaan ke peringkat yang seterusnya? Kejayaan kita mampu diukur setelah kita melihat dan merasakan sambutan yang diterima ramai orang. Katakan dulu Iqbal hanya menjual laksa dengan menaiki motorsikal sahaja. Selepas 5 tahun bersusah-payah, dia telah mengumpul wang yang banyak dan membuka sebuah kedai laksa bersama adik lelakinya. Memang cita-cita Iqbal untuk membuka sebuah kedai laksa daripada resipi arwah ibunya. Dia telah bersedia dengan sepenuhnya. Dengan pembukaan kedai baru itu, Iqbal menjadi semakin bersemangat untuk bekerja dan juga untuk merubah masa depannya. Semakin hari, perniagaannya semakin maju. Kerana Iqbal sudah mempunyai pelanggan tetap selama 5 tahun sepanjang dia berniaga menaiki motorsikal roda tiga.
Secara kesimpulannya, tips ini perlu diamalkan agar perniagaan yang kita ceburi itu menampakkan hasil dengan titik peluh yang dikorbankan. Kegagalan dan jatuh bangun dalam perniagaan adalah lumrah dan kita perlu bersedia dengan semua kemungkinan yang bakal tiba. Sekali jatuh bukan bermakna kita akan jatuh selamanya. Jadikan perkara ini sebagai pembakar semangat. Pokok pangkal untuk berjaya dalam bidang perniagaan adalah minat yang mendalam, kegigihan dan juga usaha yang tidak pernah kenal penat lelah. Dalam erti kata yang mudah, setiap usaha yang kita lakukan pasti akan membuahkan hasil apabila tiba masanya nanti. Berusaha dan terus berdoa agar urusan kita dipermudahkan-Nya.

Sunday, August 26, 2012

keychain bff hikmah

setelah siap menggunting patern door signage..tgn ni gatai nk mencoret walaupun bantal dah memanggil2...

keychain love ni,sy gelarkan BFF...bestfriend gitu...keychain2 ni diorder oleh adik Noor Hikmah Mat Zain...sy suka panggil die..adik hikmah...kami berkenalan di FB...

Alhamdulillah...ciaplah gak keychain2nye...

jom julingkan mata...hehehehe....






 tips penjagaan:-


1. Kain Flanel atau Felt merupakan fabric yang diperbuat daripada wool. Jadi untuk menjaga kualiti felt yang anda simpan, rendamkan kain felt tersebut di dalam air suam lebih kurang dalam 10 -15 minit utk membunuh bendasing pada felt itu. Senangkan?..-mesti ada yang Tanya (kalau felt tu tgh basah nak buat macam mana?) ini jawapannyee…
2. setelah direndam, perah felt anda tu dengan lembut penuh kasih sayang untuk mengelakkan nya dari mengalami regangan yang seterusnya boleh mengakibatkan kualiti dan rupabentuk felt tu berubah. Jadi, tips utk memerahnya adalah dengan memekap kain felt itu dengan tuala dibahagian atas felt dan juga bawah felt dan kemudian menggulungkannya perlahan-lahan untuk make sure dia boleh serap air felt tu hingga kering… pun senangkan?.. hehehe
3.Felt dikendalikan dengan teliti kerana fabriknya mudah berbulu dan regang. So, kalau nak guna utk aktiviti lasak , gunakan felt yg kualitinya lebih tebal sebab felt yang dah teregang tu susah untuk pulih kembali. Tapi senang je, kalau felt yang ada tu dah berbulu sedikit, rapikan saje mnggunakan gunting. InsyaAllah cantik kembali.
4. if terkena kotoran, basuh dengan air suam dan gunakan sabun seminima mungkin ye. Don’t ever use hot water sebab nanti kain felt anda akan mengecut. Jangan juga kenakan haba yang tinggi kerana felt akan cair dan merosakkan bentuknya


syukran adik noor hikmah:-)

alphabet 'A' yang ceria (^.^)

Assalam dan selamat hari raya...maaf zahir dan batin tuk semua pembaca blog

rasanye dah lama saya tak mencoret diary ke2 ku ini...almaklumlah...meraikan syawal setelah ramadhan meninggalkan kita...semoga Allah memberi peluang kepada kita tuk bersama Ramadhan pd tahun depan...In Sya Allah...Aaaminnn....

oklah...kali ni sy nk mencoret pasal tempahan dr akk ku yg dh lama xjumpe..(2 tahun gitu)...byk kenangan manis bersamanye...orgnye mmg baik...dielah perantaraan perkenalan ku bersama suami tercinta...dielah k.jie...

k.jie menempah keychain & thumbdrive straps yg berbentuk alphabet 'A'...ada makna tau...family A katakan...

jom tgk hasil tangan saya :-)

thumbdrive straps k.jie

ni plk...keychain tuk ank2 k.jie------Ayu, Auni, Balqis-----











tips penjagaan:-

1. Kain Flanel atau Felt merupakan fabric yang diperbuat daripada wool. Jadi untuk menjaga kualiti felt yang anda simpan, rendamkan kain felt tersebut di dalam air suam lebih kurang dalam 10 -15 minit utk membunuh bendasing pada felt itu. Senangkan?..-mesti ada yang Tanya (kalau felt tu tgh ba

sah nak buat macam mana?) ini jawapannyee…
2. setelah direndam, perah felt anda tu dengan lembut penuh kasih sayang untuk mengelakkan nya dari mengalami regangan yang seterusnya boleh mengakibatkan kualiti dan rupabentuk felt tu berubah. Jadi, tips utk memerahnya adalah dengan memekap kain felt itu dengan tuala dibahagian atas felt dan juga bawah felt dan kemudian menggulungkannya perlahan-lahan untuk make sure dia boleh serap air felt tu hingga kering… pun senangkan?.. hehehe
3.Felt dikendalikan dengan teliti kerana fabriknya mudah berbulu dan regang. So, kalau nak guna utk aktiviti lasak , gunakan felt yg kualitinya lebih tebal sebab felt yang dah teregang tu susah untuk pulih kembali. Tapi senang je, kalau felt yang ada tu dah berbulu sedikit, rapikan saje mnggunakan gunting. InsyaAllah cantik kembali.
4. if terkena kotoran, basuh dengan air suam dan gunakan sabun seminima mungkin ye. Don’t ever use hot water sebab nanti kain felt anda akan mengecut. Jangan juga kenakan haba yang tinggi kerana felt akan cair dan merosakkan bentuknya
THANKS K.JIE 
 sesiape berminat PM sy yek tekan cni :-)



Sunday, August 12, 2012

keychain kasih ibu to gegirlnye

sebelum berbuka...saya nk  kongsi ngan korang ttg keychain yg sy sempatkan wat stlh kembali dr kg.. Alhamdulillah ciap jgk keychain hari raya k.eda jiran ku...k.eda tempah khas wat anaknye wafa...betapa sygnye sorg ibu kpd anknye...

ini la keychain yg sy labelkan sbg keychain kasih ibu to gegirlnye



tips penjagaanye

1. Kain Flanel atau Felt merupakan fabric yang diperbuat daripada wool. Jadi untuk menjaga kualiti felt yang anda simpan, rendamkan kain felt tersebut di dalam air suam lebih kurang dalam 10 -15 minit ut
k membunuh bendasing pada felt itu. Senangkan?..-mesti ada yang Tanya (kalau felt tu tgh basah nak buat macam mana?) ini jawapannyee…
2. setelah direndam, perah felt anda tu dengan l
embut penuh kasih sayang untuk mengelakkan nya dari mengalami regangan yang seterusnya boleh mengakibatkan kualiti dan rupabentuk felt tu berubah. Jadi, tips utk memerahnya adalah dengan memekap kain felt itu dengan tuala dibahagian atas felt dan juga bawah felt dan kemudian menggulungkannya perlahan-lahan untuk make sure dia boleh serap air felt tu hingga kering… pun senangkan?.. hehehe
3.Felt dikendalikan dengan teliti kerana fabriknya mudah berbulu dan regang. So, kalau nak guna utk aktiviti lasak , gunakan felt yg kualitinya lebih tebal sebab felt yang dah teregang tu susah untuk pulih kembali. Tapi senang je, kalau felt yang ada tu dah berbulu sedikit, rapikan saje mnggunakan gunting. InsyaAllah cantik kembali.
4. if terkena kotoran, basuh dengan air suam dan gunakan sabun seminima mungkin ye. Don’t ever use hot water sebab nanti kain felt anda akan mengecut. Jangan juga kenakan haba yang tinggi kerana felt akan cair dan merosakkan bentuknya


pillow mak long ku

first time wat pillow setelah lebih 3 bulan membeli kain flannel..mk long request bantal berbentuk bunga..utk ank bongsunye...katanye nk letak kat kereta...

 ini la ngupa bantalnye


Thursday, August 9, 2012

handphone straps cartoon ain zulkifly

thanks to nurul ain zulkifly coz repeat order ngan acik..kali ni ain order h/phone staps watak2 cartoon termasuk juga bentuk love

jom tgk2....klu berkenan boleh order...Insyaallah sy boleh buatkan:-)

spongebob (ain punyer)




powerpuffgirl (ayu)

*kat belakang ada tulis name ayu ngn bead alphabet

minnie mouse

love

sebarang pertanyaan bolehla pm saya  http://www.facebook.com/ctroslina

Monday, August 6, 2012

keychain to car charm (^_^)

nk tau kenapa title post sy hari ni keychain to car charm. cam ni story nye..terlebih dahulu...ni ngupenyer yg direquest oleh my lovely sis...





tapi adik sy sayang nk gantung kat kunci...dek dibelek2...aku bg idea...ubah keychain ni jd car charm..so aku pun wat spt mane yg die gambarkan...jd la seperti ini...

taaa...daaaa......

 cantik tak????
klu awak semua berminat...boleh la PM saya di FB  http://www.facebook.com/ctroslina

ThAnKs My SiS Ayu Rashid
lps ni leh gantung kat kereta
letak gambo alyaa tau....

Sunday, August 5, 2012

mirror charm


keychain alphabet family nora sumiran

rasenye dah 2@3 hari sy tak update blog jambu de collection...cbuk sgt myiapkn bulk order...baju raya x jahit lg..tu yg cbuk semacam...

kali ni saya wat keychain family nora sumiran...bkn keychain alphabet je yg nora request tp...handphone straps love gak nora order...thanks ye nora sumiran...

jom...cuci mata ngan hasil handmade saya :-)

















 ni die...handphone straps...






tips penjagaan:-

1. Kain Flanel atau Felt merupakan fabric yang diperbuat daripada wool. Jadi untuk menjaga kualiti felt yang anda simpan, rendamkan kain felt tersebut di dalam air suam lebih kurang dalam 10 -15 minit u

tk membunuh bendasing pada felt itu. Senangkan?..-mesti ada yang Tanya (kalau felt tu tgh ba
sah nak buat macam mana?) ini jawapannyee…
2. setelah direndam, perah felt anda tu dengan lembut penuh kasih sayang untuk mengelakkan nya dari mengalami regangan yang seterusnya boleh mengakibatkan kualiti dan rupabentuk felt tu berubah. Jadi, tips utk memerahnya adalah dengan memekap kain felt itu dengan tuala dibahagian atas felt dan juga bawah felt dan kemudian menggulungkannya perlahan-lahan untuk make sure dia boleh serap air felt tu hingga kering… pun senangkan?.. hehehe
3.Felt dikendalikan dengan teliti kerana fabriknya mudah berbulu dan regang. So, kalau nak guna utk aktiviti lasak , gunakan felt yg kualitinya lebih tebal sebab felt yang dah teregang tu susah untuk pulih kembali. Tapi senang je, kalau felt yang ada tu dah berbulu sedikit, rapikan saje mnggunakan gunting. InsyaAllah cantik kembali.
4. if terkena kotoran, basuh dengan air suam dan gunakan sabun seminima mungkin ye. Don’t ever use hot water sebab nanti kain felt anda akan mengecut. Jangan juga kenakan haba yang tinggi kerana felt akan cair dan merosakkan bentuknya
THANKS NORALIZA SUMIRAN

seandainya anda semua berminat boleh inbox saya di http://www.facebook.com/ctroslina

Friday, August 3, 2012

Ya Badratim by Rahmat Ekamatra

Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamali
Maza yu'ab, maza yu'ab
Yu'abiru 'an 'ulaka maqoli
Antalladzi asyroqta fi ufuqil 'ula
Antalladzi asyroqta fi ufuqil 'ula
Famahauta bilanwari kulla dholali

Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamali
Maza yu'ab, maza yu'ab
Yu'abiru 'an 'ulaka maqoli
Wabikastanarol kaunu ya 'alamal huda
Binnuri wal in'ami wal ifdholi

Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamali
Maza yu'ab, maza yu'ab
Yu'abiru 'an 'ulaka maqoli
Solla 'alaikallahu robbi, robbi daiman
Solla 'alaikallahu robbi, robbi daiman
Abada ma'al ibkari wal asoli

Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamali
Maza yu'ab, maza yu'ab
Yu'abiru 'an 'ulaka maqoli
Wa'ala jami'iel 'ali wal ashabi man
Qod khossohum robbul 'ula bikamali

Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamali
Maza yu'ab, maza yu'ab
Yu'abiru 'an 'ulaka maqoli

klik sini

Wednesday, August 1, 2012

tanda berhenti semasa membaca Al-Quran

Assalam...pagi ni saya nk share mengenai tanda berhenti semasa kita membaca Al-Quran...semoga kita dpt memperbaiki tatatertib kita semasa membaca al-quran....



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...