jom baca utk tambahkan ilmu mengenai craft felt...
Kain Flanel atau lebih dikenali sebagai FELT adalah jenis kain yang diperbuat daripada serat wool tanpa ditenun (maknanya x jahit la tu ye). Ia merupakan jenis kain yang tertua dalam sejarah manusia. Kain Flanel atau Felt mempunyai banyak kegunaannya. Even dalam industri automotif, muzik pun ada menggunakan kain felt. Tapi saya bukan la pakar dlm bidang kat atas ni, so.. saya cuma nak focus pada kegunaan kain flannel atau Felt dalam bidang crafting.
Mengikut kata
pakar, kain flannel atau Felt merupakan :
- kain jenis bukan tenunan (non-woven)
- diperbuat dari acrylic, dan ada juga dari polyster
- terdapat dalam pelbagai warna, saiz dan ketebalan
- mudah utk di jahit, atau hanya guna gam shj,
- tak perlu kelim kerana fabrik nya bukan jenis berbulu di tepi.
- sesuai utk home decor, kraf, tshirt juga aktiviti utk anak-anak
Ada berbagai-bagai jenis felt yang ada dipasaran. (sekiranya anda
berminat untuk membeli, anda boleh bertanya kepada penjual tu, jenis dan juga
ketebalan felt yang mereka jual supaya
sesuai dgn craft yang kita nak buat tu)
Acrylic jenisnya lembut dan berbulu, sedikit
tebal. Amat sesuai untuk buat bantal, keychain yang diisi fiber, bunga-bunga
dan buah-buahan(hasil lbh nampak real).
Jenis polyster
pula lebih keras, nipis berbanding jenis acrylic. Sesuai untuk buat
pencil case, hp case, dan untuk buat huruf. Dalam kategori polyster ada dua
ketebalan, ada yang terlalu nipis (low quality), ada yang tebal skit (good
quality).
Untuk
penggemar-penggemar felt , ada beberapa tips yang saya nak kongsikan di
sini :
1. Kain
Flanel atau Felt merupakan fabric yang diperbuat daripada wool. Jadi untuk
menjaga kualiti felt yang anda simpan, rendamkan kain felt tersebut di dalam
air suam lebih kurang dalam 10 -15 minit utk membunuh bendasing pada felt itu. Senangkan?..
-mesti
ada yang Tanya (kalau felt tu tgh basah nak buat macam mana?) ini jawapannyee…
2.
setelah direndam, perah felt anda tu dengan lembut penuh kasih sayang untuk
mengelakkan nya dari mengalami regangan yang seterusnya boleh mengakibatkan
kualiti dan rupabentuk felt tu berubah. Jadi, tips utk memerahnya adalah dengan
memekap kain felt itu dengan tuala dibahagian atas felt dan juga bawah felt dan
kemudian menggulungkannya perlahan-lahan untuk make sure dia boleh serap air
felt tu hingga kering… pun senangkan?.. hehehe
3.Felt dikendalikan
dengan teliti kerana fabriknya mudah berbulu dan regang. So, kalau nak guna utk
aktiviti lasak , gunakan felt yg kualitinya lebih tebal sebab felt yang dah
teregang tu susah untuk pulih kembali. Tapi senang je, kalau felt yang ada tu
dah berbulu sedikit, rapikan saje mnggunakan gunting. InsyaAllah cantik
kembali.
4. if terkena kotoran, basuh dengan air suam dan gunakan sabun seminima
mungkin ye. Don’t ever use hot water sebab nanti kain felt anda akan
mengecut. Jangan juga kenakan haba yang tinggi kerana felt akan cair dan
merosakkan bentuknya.
5.
untuk new crafters di luar sana,
kain felt ni sebenarnya lebih mudah dikendalikan dengan jahitan tangan
berbanding jahitan mesin. So, apabila nak menjahit tu.. pastikan jarum yang
kita guna tak terlalu besar dan tak terlalu kecil. Jarum yang terlalu besar
boleh meninggalkan kesan ke atas kain felt manakala yang terlalu kecil pula
bole mematahkan jarum tersebut. Oleh itu, pilih yang sedang-sedang je ye.. pun
macam saya… hehehe
6.
last but not least, ada orang guna gam pada felt ada org jahit felt itu utk
mencantumkan 2 pieces felt. Actually dua-dua boleh ikut pada kesenangan
masing2. Senang cerita, kalau craft anda tu selalu digunakan lebih baik lah
dijahit, kalau tak kerap barulah gam sahaja. Ini kerana kalau gam, lama-lama
gam akan mengeras, rapuh lalu tertanggal. Tapu kalau jahit… InsyaAllah tahan
lama. Craft felt untuk hiasan sahaja yang sesuai menggunakan gam.
- Beli di mana ya kain felt tu?
-
Sekarang ni ramai yang jual felt ni, macam-macam harga dan macam macam warna. Tapi, sebelum nak beli ni, saya rasa kita kena tanya la penjual ni, felt tu campuran berapa banyak wool berapa banyak benang artificial. Sebabnya, kalau kurang wool, felt tu akan lebih keras. Fikir nak buat apa dengan felt dan cari jenis yang sesuai.
-
Saya suka jahit guna tangan ye kawan-kawan. Kalau guna mesin memang rasa tak cun. sebelum saya pernah jahit guna mesin..agak sukar la jugak. finally,saya jahit tangan..lambat pun lambat la..asalkan kemas dan puas hati.
sis ..fufu..boleh pm sy kat fb..sy terdelete awk py comment
ReplyDelete